MURNInet adalah singkatan kepada Malaysian Urban Indicator Network atau Jaringan Petunjuk Bandar Malaysia. Gerbang MURNInet Selangor disediakan untuk menyokong pelaksanaan Program Petunjuk Bandar Malaysia dalam pembentukan, perolehan, pengolehan, penganalisaan, penghasilan dan perkongsian maklumat mengenai petunjuk bandar khusus untuk Negeri Selangor.
Gerbang MURNInet Selangor merupakan satu kemudahan infostruktur yang menyepadukan aplikasi, data dan prosedur bertujuan untuk membantu dalam perancangan pembangunan bandar mampan di Selangor. Ianya menyediakan maklumat dan kemudahan atau aplikasi yang berupaya untuk menganalisis keadaan semasa, menyediakan tren yang berguna untuk memantau perubahan yang berlaku secara temporal dan memberi gambaran senario-senario pembangunan bandar dan pencapaian tahap kemampanannya.
Gerbang ini menyediakan pelbagai modul secara bersepadu untuk membantu pelbagai pihak terutamanya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Selangor dalam membuat pengumpulan data, pengukuran, penganalisaan dan pengujian serta membuat keputusan di peringkat perancangan bandar.